Saturday, 14 July 2012

Coklat Buatan Anak Melaka......(^_^)


ALhamdullillah berkat ajaran sahabat kerja,aku berjaya menghasilkan coklat untuk pelbagai majlis..Setakat ini alhamdulillah, rezeki tempahan dari org kawan2, saudara - mara, jiran tetangga amat memberangsangkan..

So kepada sesiapa yg berminat untuk order coklat, silalah hubungi saya ditalian :016-6252584, atau e-mail ke awin_pooh2002@yahoo.com atau comment di facebook saya di Are-win Nordin....

Birthday Coklat = RM 35 per box



Birthday Coklat = RM 40 per box ( edible image)
35 pcs = RM30







Sesuai Untuk Hantaran...Didalam Bekas Menarik = RM45


28 pcs = RM 25.00
Weeding / birthday gift = harga mengikut kuantiti yang ditempah


Wedding / Birthday Gift
6 pcs per box = RM 5.00

Lolichoc = RM 1.50 per pcs (50pcs - 500pcs)  RM1.20 (501pcs - 1000pcs)



Lolichoc with edible image = RM 1.80 per pcs (50pcs - 500pcs)  RM 2.00 (501pcs - 1000pcs)


Wednesday, 13 June 2012

Layanan Bidadari...

  


Cinta Suami Isteri adalah jauh lebih mulia daripada cinta sepasang kekasih. Ini kerana perkahwinan adalah ikatan yang terlalu suci dan menjadi landasan terbaik untuk menjalin kasih sayang antara lelaki dan wanita yang telah halal berkahwin.

Entry ini adalah sekadar untuk memotivasikan diri...Kerana aku selalu dengar Prof Dr.Muhaya cakap dari ceramah-ceramah nya...Hidup kita ini sebenarnya adalah tentang diri kita sendiri dan bukan kerana orang lain..Jadi bila apa-apa pun yang berlaku dalam hidup kita, fikirkan kenapa ia berlaku kepada diri kita, jangan salah kan orang lain kerana diri kita sendiri banyak kekurangan. Fikir positif pasti segalanya menjadi positif belaka... Menjadi baik dan terbaik memang susah, tapi elok lah kita terus menjadi baik daripada kita terus tersesat hingga "Kunci Syurga" itu tidak mampu kita miliki.

Seperti yang di ketahui, isteri adalah sayap kiri dan pembantu dalam rumah tangga. Isteri juga umpama penawar dan penyeri kehidupan suami dan anak-anak. Isteri Solehah akan membawa rumah tangga bahagia menuju ke syurga. Walau sekecil mana usahanya ganjaran pahala adalah habuannya.Isteri yang sanggup bersusah payah dan menderita demi kebahagiaan suami dah anak- anak itulah kemuliaannya yang tertinggi.

Ketahuilah wahai para isteri dan suami, isteri solehah akan menjadi bidadari yang jelita untuk tatapan suami. Suami yang soleh pula akan dimasukkan ke dalam syurga yang dilayani oleh bidadari iaitu isteinya sendiri. Latas, isteri yang solehah adalah isteri yang menyenangkan hati suami.

 Rasulullah SAW bersabda : "Sebaik-baik wanita iailah wanita yang menyenangkan setiap kali dipandang, taat setiap kali diperintah, memelihara kehormatan dirinya dan harta suaminya semasa suaminya keluar dari rumahnya".

 Perkongsian dan Nasihat yang dititipkan untuk para isteri sebagai ingatan untuk diri sendiri dan semua yang bergelar isteri;
  • Patuhlah kepada suami dengan apa adanya dan mendengar kata-katanya dengan baik disertai ketaatan.
  • Sentiasalah engkau mempertahankan pendangan mata dan ciuman hidung suami, jangan sampai matanya memandang daripadamu sesuatu yang buruk dan jangan sampai dia mencium daripadamu melainkan wangian yang paling sedap.
  • Sentiasalah engkau memperhatikan waktu tidur dan makannya, kerana kelaparan membuatnya garang dan kekurangan tidur menyebabkannya mudah marah.
  • Jagalah hartanya dan peliharalah keluarga dan anak-anaknya.
  • Janganlah sekali-kali melanggar perintahnya dan jangan menyebarkan rahsianya, kerana apabila engakau melanggar perintahnya, maka engkau telah menyempitkan dadanya. Dan apabila engkau menyebarkan rahsianya maka engkau mengkhianati amanatnya. Dan jangan sekali-kali engkau bersukacita dihadapannya ketika dia sedang bersedih. Dan janganlah pula engkau menampakkan kesedihan dan wajah masam ketika dia sedang gembira.
Cubalah sedaya upaya melaksanakan nasihat ini yer kawan-kawan...Peringatan untuk aku juga agar kita sama-sama bahagia bersama pasangan masing-masing di Jannah yang kekal selamanya menjadi bidadari untuk suami kita. amin.........



Thursday, 9 February 2012

Kau Tiada Tandingannya....

Nordin Bin Baba : - itulah abah ku yang telah hampir 6 tahun meninggalkan kami sekeluarga kerana sakit asthma yang teruk...terlalu banyak jasa abah terhadap aku yang tak berkesempatan aku membalasnya...Semoga Allah s.w.t tempatkan abah ditempat orang-orang yang beriman...amin.....moga kita berjumpa di syurga yg kekal selamanya...

Arwah abah yang always happy go lucky...(^_^) miss u abah...

Kisah yang tak akan padam dlm ingatan aku...terlalu byk jasa arwah abah yang tak pernah luput dlm ingatan aku..Susah payah dia membesarkan kami, bekerja siang & mlm....buat mcm2 keje untuk sekolahkan kami..walaupun kami hidup sederhana tapi arwah abah tak pernah nak kecewakan kami apabila kami adik beradik minta ape2 pun...

Bermula dari sekolah...Tingkatan 5 Sastera 1

Tahun 2001 aku menduduki SPM...aku berusaha sedaya upaya...abah setuju bila aku nak p tusyen...kelas malam kat sekolah.....biar berhabis duit asalkan aku akan berjaya..peperiksaan SPM aku jawab dgn penuh keyakinan agar aku dpt menjejakkan kaki aku di Universiti suatu hari nanti...Alhamdulillah walau tak sehebat mana keputusan SPM aku, tp aku betul-betul tak sangka yang aku dapat tempat di Matrikulasi....Siapa sangka, inilah langkah pertama yang aku tunggu-tunggukan...

Kolej Matrikulasi Johor

Disinilah aku mulakan semangat untuk belajar, biarpun ini adalah kali pertama aku berpisah dari keluarga, namun dek kerana ingin berjaya aku kuatkan hati juga untuk berdikari disini..Hampir 2 minggu aku tidur ngan air mata..rindu pada mak...rindu pada abah...rindu pada adik beradik yang lain...Tapi lama2 ok gak sebab dah ramai kwn kan..(^_^)..Macam2 aku pelajari di sini..Kelas sampai malam, kena turun prep, ambik test pun time malam...memang menguji minda & stamina lah...Yang paling menarik aku masuk pertandingan kawad kaki..walaupun hanya ditempat ke-3, tapi memang the best lah...

Segak Tak Aku????

Time kat matrikulasi nie, aku memang selalu sangat balik bila weekend.. Tangkak ke Melaka kalau naik kete memang rasa dekat, tapi aku?????Arwah abah sanggup ambik dan hantar aku dengan motosikal modenas aje...Aku tetap bersyukur walaupun aku hidup sederhana tapi aku bahagia kerana punya abah sehebat "Dia"....Tiap kali abah datang & ambil aku kat matrikulasi, sepanjang perjalanan itu jugak aku menangis kerana kesungguhan abah dan pengorbanan abah ini...Time tuh lah aku berjanji akan bawak pulang segulung ijazah untuk aku hadiahkan buat abah diatas semua pengorbanan dia...Ada sehari tuh, on the way balik ke rumah, kami lalu highway dan time tuh hujan lebat sgt, kami berhenti berteduh dibawah jambatan...Tiba-tiba ada sebuah kereta dengan lajunya langgar lopak air, habis basah kami berdua...Time tuh hati aku sebak sgt....dan aku berjanji akan berusaha belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya, beli kereta untuk aku bawak arwah abah kemana sahaja dia pergi...tak nak susahkan dia lagi...

Selepas aje tamat matrikulasi, aku menjejakkan kaki pula ke UiTM Shah Alam dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan Dengan Kepujian (Insurans)..Kehidupan Penuh Kenangan Pahit & Manis...3Tahun melanjutkan pelajaran disana, punya kwn2 yang amat2 bermakna 3 tahun terasa cepat masa berlalu....Aku dikelilingi dengan kwn2 yg amat2 baik, bekerjasama, membantu....bak kata pepatah...kawan susah & senang...
Inilah mereka....(Zura, Aku, Noris, Rose, Yati & Zirah)..3 dah kahwin..3 belum lg..Balance kan..(^_^)

Ini pulak sebahagian kwn2 kelas aku...

June 2006 tamat lah pengajian aku kat UiTM Shah Alam...dan konvo aku pada bln Nov 2006...sebelum konvo aku dah pun dpt pekerjaan dalam bidang akaun...alhamdulillah...Time nie aku baru nak mulakan kehidupan sebagai seorg pekerja yang berjaya :-) Tahun 2006 inilah kisah sedih aku bermula bila arwah abah kerap keluar masuk hospital...Kami adk beradk sentiasa melawat abah...hingga bulan puasa kami adk beradk berulang alik ke hospital...lepas aje blk dr keje, masing2 dah siapkan juadah untuk sama2 berbuka puasa kat hospital melaka...hinggalah lg 2hari sebelum hari raya abah dibenarkan balik..Masa raya, abah banyak diam ajer, saudara mara datang melawat pun abah hanya senyum...x banyak cakap....abah memang seorang yang banyak mulut, suka melawak, tapi bile sikap abah macam tuh masing2 jadi pelik pulak....5 November 2006, abah dimasukkan semula ke hospital sebab sesak nafas..time tuh aku ngah sibuk fikirkan pasal konvo yang akan diadakan pada 13 November 2006...Dapat ke abah tgk ku naik ke pentas menerima segulung ijazah yang aku janjikan???Sempatkah aku membalas jasa abah??Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku ketika tuh...Rutin kami masih sama, masih berulang alik adk beradik ke hospital untuk sama2 jaga abah....dan mak lah org yg sentiasa SETIA menemani abah...tak pernah jemu, tak pernah beranjak dari sisi abah...
Akhirnya 13 November 2006 tiba....dan dengan keizinan abah, mak dibenarkan ikut aku ke majlis konvo tuh walaupun keadaan abah time tuh tak menentu...selepas aje jalani pembedahan kecil didada, keadaan abah tak menentu, itu lah yang membuatkan kami semua makin risau...Tapi apa-apa pun aku perlu hadir ke majlis konvo walaupun tanpa abah...Impian aku untuk abah lihat sendiri aku naik pentas tak kesampaian..Aku akur dengan kesihatan abah.
Lepas aje majlis konvo, mak dan adk beradik aku terus balik ke melaka..aku menumpang rumah sepupu aku, sebab esoknya aku kena pulangkan semula jubah...Esoknya 14 November 2006 aku uruskan pemulangan jubah, ambik scroll ijazah, ambik gambar konvo...hingga ke petang dan finally aku sampai ke melaka hampir jam 10 malam dengan menaiki bas...Sampai aje bus station alor gajah, aku minta abg aku terus ke hospital sebab aku nak tunjuk kan gambar konvo & segulung ijazah yang aku janjikan untuk abah...Aku tak nak tunggu lagi, aku nak sangat abah tengok gambar aku & ijazah yang aku miliki...Tak sangka pulak malam tuh guard baik hati lepaskan aku masuk...Abah bangga dengan aku, sampaikan dia bgtau kat doctor & nurse2 yang ada kat situ aku dah berjaya genggam segulung ijazah...sayu & sebak aje aku tgk abah walaupun dia tak hadir sama ke majlis konvo tuh tapi aku tau dia bangga dengan apa yang aku miliki...
15 November 2006...itulah harinya, Allah s.w.t memanggil abah ku pulang menghadapNYA...siapa sangka impian & hajat aku untuk hadiahkan segulung ijazah untuk dia termakbul....dan abah pergi meninggalkan kami selepas hajat aku tercapai....Hanya Allah s.w.t saja yang tahu perasaan aku..Ya Allah...aku tak sempat nak balas jasa Abah...Tak sempat nak bagi kesenangan kepada Abah....Semoga Abah tenang disana...Hanya iringan doa aje awin panjatkan untuk Abah...Semoga Kita Berjumpa Di Syurga Yang Kekal Abadi....Awin rindukan gurau senda Abah, rindukan gelak tawa Abah...Walaupun awin tak sempat nak balas jasa Abah, awin akan cuba jadi anak yang terbaik buat Mak.....