Wednesday, 13 June 2012

Layanan Bidadari...

  


Cinta Suami Isteri adalah jauh lebih mulia daripada cinta sepasang kekasih. Ini kerana perkahwinan adalah ikatan yang terlalu suci dan menjadi landasan terbaik untuk menjalin kasih sayang antara lelaki dan wanita yang telah halal berkahwin.

Entry ini adalah sekadar untuk memotivasikan diri...Kerana aku selalu dengar Prof Dr.Muhaya cakap dari ceramah-ceramah nya...Hidup kita ini sebenarnya adalah tentang diri kita sendiri dan bukan kerana orang lain..Jadi bila apa-apa pun yang berlaku dalam hidup kita, fikirkan kenapa ia berlaku kepada diri kita, jangan salah kan orang lain kerana diri kita sendiri banyak kekurangan. Fikir positif pasti segalanya menjadi positif belaka... Menjadi baik dan terbaik memang susah, tapi elok lah kita terus menjadi baik daripada kita terus tersesat hingga "Kunci Syurga" itu tidak mampu kita miliki.

Seperti yang di ketahui, isteri adalah sayap kiri dan pembantu dalam rumah tangga. Isteri juga umpama penawar dan penyeri kehidupan suami dan anak-anak. Isteri Solehah akan membawa rumah tangga bahagia menuju ke syurga. Walau sekecil mana usahanya ganjaran pahala adalah habuannya.Isteri yang sanggup bersusah payah dan menderita demi kebahagiaan suami dah anak- anak itulah kemuliaannya yang tertinggi.

Ketahuilah wahai para isteri dan suami, isteri solehah akan menjadi bidadari yang jelita untuk tatapan suami. Suami yang soleh pula akan dimasukkan ke dalam syurga yang dilayani oleh bidadari iaitu isteinya sendiri. Latas, isteri yang solehah adalah isteri yang menyenangkan hati suami.

 Rasulullah SAW bersabda : "Sebaik-baik wanita iailah wanita yang menyenangkan setiap kali dipandang, taat setiap kali diperintah, memelihara kehormatan dirinya dan harta suaminya semasa suaminya keluar dari rumahnya".

 Perkongsian dan Nasihat yang dititipkan untuk para isteri sebagai ingatan untuk diri sendiri dan semua yang bergelar isteri;
  • Patuhlah kepada suami dengan apa adanya dan mendengar kata-katanya dengan baik disertai ketaatan.
  • Sentiasalah engkau mempertahankan pendangan mata dan ciuman hidung suami, jangan sampai matanya memandang daripadamu sesuatu yang buruk dan jangan sampai dia mencium daripadamu melainkan wangian yang paling sedap.
  • Sentiasalah engkau memperhatikan waktu tidur dan makannya, kerana kelaparan membuatnya garang dan kekurangan tidur menyebabkannya mudah marah.
  • Jagalah hartanya dan peliharalah keluarga dan anak-anaknya.
  • Janganlah sekali-kali melanggar perintahnya dan jangan menyebarkan rahsianya, kerana apabila engakau melanggar perintahnya, maka engkau telah menyempitkan dadanya. Dan apabila engkau menyebarkan rahsianya maka engkau mengkhianati amanatnya. Dan jangan sekali-kali engkau bersukacita dihadapannya ketika dia sedang bersedih. Dan janganlah pula engkau menampakkan kesedihan dan wajah masam ketika dia sedang gembira.
Cubalah sedaya upaya melaksanakan nasihat ini yer kawan-kawan...Peringatan untuk aku juga agar kita sama-sama bahagia bersama pasangan masing-masing di Jannah yang kekal selamanya menjadi bidadari untuk suami kita. amin.........